subscribe: Posts | Comments

Arctic Ice

Arctic Ice Kini di Malaysia

Arctic Ice merupakan sejenis minuman bertenaga atau energy drink. Ianya bukan sekadar minuman bertenaga yang biasa.

Minuman Rasmi Manchester United

Secara komersialnya, kelab merupakan peneraju utama dalam dunia sukan dan dalam beberapa tahun kebelakangan ini telah mengambil langkah penting dalam menghubungkannya dengan para peminat di seluruh dunia. Arctic Ice kini merupakan sebahagian daripada hubungan tersebut. Ketua Pegawai Eksekutif, David Gill ketika mengumumkan perkongsian antara Arctic Ice dan Manchester United berkata, “Kami gembira untuk mengalu-alukan Arctic Ice dalam keluarga Manchester United. Rakan-rakan kami merupakan jambatan penting antara Old Trafford dan kelab penyokong kami di seluruh dunia dan saya berharap ini akan menjadi satu permulaan kepada hubungan yang panjang dan berjaya.”

Pengarah Komersial kelab itu, Richard Arnold menambah, “Arctic Ice adalah syarikat yang baru, dan bercita-cita tinggi, oleh itu adalah sesuai jika dipadankan dengan sebuah organisasi utama sukan seperti United. Kami tidak sabar lagi untuk berganding bahu bersama mereka bagi membina jenama mereka di seluruh dunia.”

Sasar Kuasai Pasaran Arctic Ice seluruh Asia bermula dari Malaysia

Artic Ice ialah rakan minuman tenaga rasmi Manchester United FC’. Perkongsian global ini telah membolehkan Arctic Ice untuk merealisasikan visi berani dan konsepnya yang inovatif melalui komuniti bola sepak global. Bio Osmo Berhad, sebuah syarikat awam berhad Malaysia pada (Rabu) 24 November 2010 17:39 secara rasminya telah mengumumkan permulaan pengeluaran produk Arctic Ice di Malaysia. Acara perasmian ini telah disempurnakan oleh Pengerusi Eksekutif Bio Osmo Berhad, Datuk Idris bin Haji Hashim dan Mr. William Becker, Ketua Pegawai Eksekutif Arctico Beverage Company International Inc.

Arctic Ice Official Commencement Ceremony in Malaysia

Bio Osmo Berhad yang telah mencipta kejayaannya melalui jenama air RO (reverse osmosis) di Asia, kini berhasrat untuk mengembangkan jenama Arctic Ice ke dalam pasaran Asia. Bio Osmo Berhad telah menetapkan Januari 2011 sebagai sasaran untuk pengedaran di Malaysia, ini akan diikuti oleh China dan pasaran lain di Asia dalam masa yang terdekat.

Arctic Ice adalah jenama minuman tenaga yang begitu dinamik, menawarkan kandungan bahan-bahan berprestasi tinggi yang sihat, asli dan bebas daripada taurine taurina. Pertumbuhan luar biasa Arctic Ice di Amerika Syarikat dan di seluruh dunia merupakan satu pengiktirafan untuk langkah pemasaran yang lebih aktif dalam kempen promosinya sebagai minuman pilihan gaya hidup aktif masyarakat masa kini.

Sertai Team Arctic Ice Malaysia

Arctic Ice Team In Klang Valley

Pada masa ini sudah terdapat beberapa pengedar pemasaran yang mula bergerak aktif bagi memasarkan Arctic Ice ke seluruh pasaran tempatan khususnya di Malaysia. Antara dua tempat yang terkini ialah masing-masing satu di Pendang, Kedah dan satu di Klang, Selangor malah ianya sudah berkembang di dua buah lokasi lagi iaitu Shah Alam dan sekitar TTDI. Justeru itu peluang untuk anda menjadi usahawan pertama Arctic Ice serta menguasai pasaran tempatan amat luas dan begitu cerah sekali. Anda tidak mungkin lagi boleh menjadi pembekal utama bagi beberapa jenama minuman bertenaga yang lain tetapi tidak mustahil dengan Arctic Ice jika anda bermula dari sekarang.

Arctic Ice Resources Store - Klang Selangor

Hubungi antara wakil pengedar Arctic Ice di sekitar anda

ARCTIC ICE RESOURCES
12A 1A KS1
PUSAT PERNIAGAAN RAYA BARAT
OFF JALAN RAYA BARAT
41100 TELUK PULAI
KLANG SELANGOR
CHE AMI : 019-2268609 

MFBI WARISAN ENTERPRISE
5A SIMPANG 3 BUKIT RAYA
JALAN PENDANG 06700
PENDANG KEDAH.
MAT KASIM NORDIN : 017-5969020

The main reference:

  1. Arctic Ice Energy – Official Manchester United Website
  2. Bob2u.Com
  3. Bio Osmo to make drink for Man Utd
  4. BIO Osmo to commence production of energy drink in Malaysia


Share and Enjoy:
  • Print
  • Digg
  • StumbleUpon
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Yahoo! Buzz
  • Twitter
  • Google Bookmarks