Cara Aktifkan Kad Debit Maybank
Kad Debit Maybank | Maybank Visa Debit Card
Tahukah anda? sekiranya anda memiliki Kad Debit Maybank, anda sebenarnya mempunyai satu kemudahan untuk membuat pembelian terus secara online melalui internet atau membeli belah di mana-mana premis perniagaan yang menerima pembayaran melalui kad Visa atau Mastercard.
Apakah kelebihan Kad Debit Maybank
Kad debit ini sebenarnya satu kemudahan untuk kita membeli belah dan juga sebagai menggantikan wang tunai serta mengelakkan kita membawa wang yang banyak di tangan. Kad debit agak berbeza berbanding kad kredit di mana kad kredit lebih kepada fungsi kad hutang, anda guna dahulu dan hujung bulan dapat penyata maka perlu jelaskan amaun yang telah digunakan. Manakala kad debit, anda kena masukkan duit dulu (macam kad prepaid atau kad top up), dan kemudian barulah boleh digunakan untuk urusan pembelian atau pembayaran. Sekiranya tiada wang yang dimasukkan ke dalam kad debit anda, maka kad tersebut tidak akan berfungsi.
Antara kegunaan kad debit Maybank ialah :
- Membeli belah di shopping complex, restoran dan sebagainya.
- Beli minyak di mana-mana saja petrol station.
- Pembelian atau pembayaran atas talian di internet (secara online).
- Pendaftaran online bagi menyertai mana-mana syarikat seperti WELA Slimberry, Vemma, Monavie, Yoli, Uptrend dan sebagainya.
Walaubagaimanapun sebelum kad debit Maybank anda boleh digunakan atas talian di internet ianya perlu diaktifkan terlebih dahulu “Maybankcard Secure Online Shopping Registration”. Pendaftaran ini hanya sekali sahaja, selepas itu anda boleh gunakan Kad ATM Visa Debit Maybank anda untuk semua urusan pembelian di internet yang memerlukan Kad Kredit/Debit. Berikut diterangkan secara ringkas bagaimana untuk mengaktifkan kad debit Maybank anda.
Langkah-langkah Aktifkan Kad Debit Visa Maybank di Internet.
SYARAT #1: Pastikan kad debit Maybank ATM anda adalah version yang terkini seperti berikut:

dan bukannya yang kuning-hitam tu. Kalau masih lagi yang lama, sila tukar di mana-mana cawangan Maybank.
SYARAT #2: Pastikan sudah memiliki akaun Maybank2U. Jika belum boleh dapatkan di http://www.maybank2u.com.my
Apabila 2 syarat ini telah dipatuhi, barulah boleh aktifkan Maybank Visa Debit kad anda.
LANGKAH 1: Login ke akaun Maybank2U anda di http://www.maybank2u.com.my klik Login

LANGKAH 2: Masukkan “Username” anda dan klik “Next“

LANGKAH 3: Masukkan “Password” anda dan klik “Login“

LANGKAH 4: Lihat di bawah pada bahagian “Utilities” klik pada link “Maybankard Secure Online Shopping Registration“

LANGKAH 5: No Kad anda akan di paparkan, cipta MSOS Password anda sendiri (pastikan anda ingat, sebaik-baiknya catat),Personal Assurance Message (Mesej pengesahan yang akan keluar apabila anda lakukan transaksi online), Expired Date(dekat kad ATM anda ada tulis seperti 08/13 - bermaksud bulan 8 tahun 2013. CVV nombor yang berada di belakang Kad ATM anda, nombor ini ada 3 nombor sahaja dan akhir sekali Hint* pilih soalan yang di sediakan dan tulis jawapan anda. Akhir sekali klik butang Submit .

** Nombor CVV ada di belakang Kad ATM Visa Debit Maybank anda.

LANGKAH 6: Pastikan anda dapat lihat mesej SUCCESSFUL berwarna hijau

Maka selesailah proses mengaktifkan kad debit Maybank anda. Sekarang anda sudah boleh gunakan nombor Kad ATM Maybank Debit Visa anda untuk urusan pembelian di internet yang memerlukan Kad Debit.
Sekadar untuk INFO TAMBAHAN : selain kad debit dan kad kredit anda juga perlu tahu bahawa terdapat juga beberapa Payment Processor yang popular dan sering digunakan untuk tujuan urusniaga di internet seperti di bawah. Kelebihan menggunakan khidmat Payment Processor ni ialah kita tak perlu selalu mengisi maklumat kad kredit/debit bila lakukan urusniaga. Satu lagi kemudahan ini sering digunakan oleh syarikat-syarikat dan mereka yang jalankan perniagaan secara online.


























hai..masalah sya asekarang ialah…laman web maybank..tiada option malaysian secure online shopping bawah Utilities categories??
setuju lil…cane nak wujudkan benda tur ??? anyone,plis assist
As’kum.
Ada sesiapa yg boleh jadi ‘referal’ bisnes akaun maybank? Makna; anda kena ada akaun bisnes maybank. Sila faham ini bukan ‘guarantor’ – di mana anda kena bertanggungjawab kalau ada tunggakan bayaran dari pemegang akaun utama. Saya cuma perlukan ‘Referal’ – selamat dari sebarang tuntutan bayaran. Cuma jd referal saya sebab saya nak buka akaun bisnes Maybank (perlukan seseorang yg ada akaun bisnes dgn maybank sekurang2nya 6 bulan). Saya akan bayar RM1,000 cash kpd sesiapa yg sudi. Sekali lg; anda selamat dari sebarang tuntutan atau nama buruk. Cuma jd Referal supaya saya sah buka akaun bisnes dgn Maybank. Dan saya pula tiada rekod buruk dlm urusan kewangan. Tiada hutang. Profesional. Berminat sila emailkan saya segera. Tuan punya blog ini kalau boleh rekemen, saya bayar RM500 cash (utk referal tetap RM1,000 cash).
Ikhlas – Ahmad.
hai,sya blh jadi referal.cmne nk hubungi
hai..saya pn alami masalah yg sama dgn lil & samurai..option utk maybankard secure online shopping registration takdak..sedangkan kad memg kad debit..
pertama sekali punggunaan kad debit ada cas tk..? 2,3 hari lepas sy ada isi minyak pkai kad debit maybank rm20.. hari ni sy check kt m2u ada potongan smpai rm200.. ada ke tk fee pggunaan kali pertama?
sy pn nk tau jugak knape jd mcm tu..
memang macam tu kalau guna isi minyak. bagi urusniaga di pam (luar),pra-pembayaran berjumlah rm100 – rm200 akan didebitklan daripada akaun perbankan anda. jumlah akan dipulangkan sebaik sahaja bank menerima jumlah penyelesaian sebenar dalam tempoh 2 hingga 5 hari. sila buat pembayaran terus di kaunter dalam untuk mengelakkan pra-pembayaran.
tu la sy pun kena jugak.. nk tau la jugak mcm mna..
Walaupun saya isi RM50,dia tolak Rm200 la. Kenapa mcmni ..
yes saya pon tiada MSOS tu dekat utilities so how?
P je kt maybank berdekatan utk dftr no. hp ko.. Klu org bank tu tnya, kata utk penerimaan kod TAC & MSOS gn sms..
Utk info:
http://www.maybank2u.com.my/mbb_info/m2u/public/faqList.do?cntTypeId=0&channelId=CRD-Cards&cntKey=CRD01.16.05&programId=CRD01.16-CCFeatures&chCatId=/mbb/Personal/CRD-Cards&cntKey=CRD01.16.05&faqId=CRD01.16.05-MSOS
Wacana yang sangat menarik dan berharga untuk dipahami. Dalam keadaan bagaimanapun kita memang harus selalu siap dengan perkembangan yang terjadi, dan mengambil tindakan dengan dasar informasi yang dapat dipertanggungjawabkan.
jadi..kad debit maybank ni boleh digunakan untuk beli tiket mas la ye..sbb mas x blh wat pembayaran guna maybank2u
saya pun cuba juga buka online maybank2u tapi kat ‘utilities’ tu tak ada juga option ‘malaysian secure online shopping’….saya rasa sebab kita baru jer tukar kad ATM biasa kepada kad Debit Cherry…so masa kita daftar online maybank2u kita guna no pada kad ATM lama tu…jadi…kita kena click cancel ATM card kat option utilities tu….dan kita kena ke ATM maybank semula dan daftarkan semula no pin utk Maybank2u…then kita online dan daftar utk First Time Login…then masukkan data2 baru dari Kad Debit baru tu….barulah ada keluar option ‘malaysian secure online shopping’ tu….
nk tanya.. Dulu saya ade aktifkan maybank2u. tapi lama dah tak login.
skrg sya nk login dh tak leh dh dgn usename dan password dulu?
adakah saya kene g atm dapatkan no pin maybank2u baru??