Teknologi REDO | Kolam Renang Pertama Tanpa Klorin di Asia Pasifik
K Club Guna Teknologi REDO Water Systems
K Club merupakan kelab riadah atau rekreasi yang pertama menyediakan kemudahan kolam renang atau swimming pool tanpa menggunakan klorin, malah ianya merupakan kolam renang yang pertama tidak menggunakan klorin di Asia Pasifik. Sebaliknya ianya menggunakan teknologi REDO Water Systems salah satu teknologi mesra alam yang dibawa dari Germany.
Teknologi REDO Water Systems merupakan teknologi alternatif kepada penggunaan klorin dalam proses rawatan air. Ianya merupakan kaedah rawatan air yang lebih mesra alam tanpa menggunakan bahan kimia dalam proses merawat air yang dicemari bakteria. Sebaliknya teknologi REDO cuma menggunakan garam, kuasa elektrik dan air. Air yang dirawat melalui kaedah teknologi REDO di K Club lebih berkualiti malah lebih selamat digunakan sekaligus dapat memelihara kesihatan pengguna.
Risiko Penggunaan Klorin Terhadap Kesihatan
Memang tidak dinafikan bahawa klorin merupakan salah satu agen bagi membasmi bakteria dalam proses rawatan air, namun harus diingat tentang bahaya penggunaan klorin serta risiko-risiko lain disebaliknya (rujuk http://www.chlorinekills.com/). Seorang saintis terkenal iaitu Dr. Herbert Schwartz pernah menulis tentang bahaya klorin seperti berikut:
Kebaikan Teknologi REDO Water Systems
Antara kebaikan dan manfaat daripada penggunaan teknologi REDO Water System dalam proses rawatan air, ialah air yang tidak berbau, tiada alahan pada kulit serta tiada iritasi pada mata walaupun berenang dalam tempoh yang lama. Malah apa yang paling penting ianya selamat untuk kanak-kanak. K Club merupakan perintis dalam penggunaan kaedah alternatif yang lebih mesra alam dalam proses merawat air selain penggunaan klorin khususnya di Malaysia dan Asia Pasifik amnya.
Kebanyakkan pengunjung yang berkunjung bersama keluarga ke kolam renang K Club mengakui kehebatan dan kebaikan yang dirasai ketika berenang dalam air kolam yang dirawat melalui teknologi REDO ini. Rata-rata kanak-kanak yang ditemui melahirkan rasa keseronokan mereka ketika mandi-manda dan bermain di kolam renang K Club.
Salah seorang ahli K Club saudara Ahmad Kamal berkata “Anak-anak saya begitu gembira dan melahirkan rasa kepuasan mereka ketika berada di kolam renang K Club kerana airnya tidak berbau dan tidak menyakitkan mata mereka”
Sumber rujukan : www.kosmo.com.my
No related posts.


























There are definitely loads of details like that to take into consideration. That may be a nice point to convey up. I provide the ideas above as general inspiration but clearly there are questions just like the one you bring up the place the most important thing will likely be working in trustworthy good faith. I don?t know if greatest practices have emerged round things like that, but I’m certain that your job is clearly recognized as a good game. Each girls and boys really feel the affect of only a moment’s pleasure, for the remainder of their lives.