subscribe: Posts | Comments

Sejarah Jualan Langsung atau Direct Selling

0 comments

Jualan Langsung atau Direct  Selling | Bagaimana ianya bermula?

Sejarah Jualan Langsung atau Direct Selling bermula hasil daripada kesan revolusi industri pada abad ke-18. Ianya bermula di United Kingdom dan seterusnya merebak ke Eropah, Amerika Utara dan seluruh dunia. Kaedah MLM atau Multi Level Marketing pula muncul hasil perkembangan aktiviti jualan langsung. Sebelum berlakunya revolusi industri, kegiatan manusia hanya berkisar kepada persekitaran setempat. Mereka menghasilkan produk-produk yang digunakan sendiri atau untuk dijual dikalangan penduduk setempat sesama sendiri. Biasanya kaedah yang digunakan ialah pertukaran barang antara pembeli dan penjual tanpa menggunakan wang atau lebih dikenali dengan sistem barter.

anda jurujual jualan langsung atau ahli perniagaan

Source: www.cartoonstock.com | Direct Selling

 

Apabila revolusi industri bermula, para pengilang mula memikirkan cara untuk mereka pasarkan produk-produk yang dihasilkan. Mereka perlu memikirkan bagaimana untuk memasarkan produk mereka sehingga ke kawasan-kawasan pendalaman yang jauh dari kawasan perindustrian. Akhirnya sistem pengangkutan serta kedai-kedai runcit mula dibina di pekan-pekan besar. Walaubagaimanapun masih terdapat ramai pengguna yang berada di kampung-kampung serta pekan-pekan kecil yang jauh dan terpencil di pedalaman yang tidak menerima produk-produk tersebut.

Ketika inilah  bermulanya peranan jurujual yang sanggup mengembara ke kawasan-kawasan terpencil selama beberapa bulan bagi memasarkan produk-produk yang dihasilkan oleh pengilang. Biasanya mereka mengembara serta membawa produk dalam kuantiti yang banyak. Jurujual ini akan merantau dan mengembara dari satu tempat ke satu tempat di pedalaman, dari satu kampung ke satu kampung menjual pelbagai produk yang beraneka jenis dan fungsi.

Kehadiran para jurujual ini disambut baik oleh para penduduk di perkampungan terpencil, mereka merasakan bagaikan satu rahmat kerana dapat memiliki produk-produk moden, canggih dan dianggap luar biasa yang tidak terdapat di kedai-kedai runcit tempatan atau di kampung mereka.

Walaupun ada kalanya para penduduk ini mungkin tertipu dengan cara penyampaian jurujual berkenaan produk yang dibawa oleh mereka kerana produk yang dijual tidaklah sehebat seperti yang diceritakan, tetapi semenjak itulah konsep jualan langsung mula dikenali dan menjadi begitu popular di kalangan orang ramai.

Share and Enjoy:
  • Print
  • Digg
  • StumbleUpon
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Yahoo! Buzz
  • Twitter
  • Google Bookmarks

Related posts:

  1. Top MLM or Direct Selling Opportunities 2011

Leave a Reply